Wednesday, 23 July 2014

on second thought

on second thought
should I go back to before everything?
before everything falls on it place
I'm not done exploring the world

Friday, 25 April 2014

Faham tak faham

belek-belek helaian lama
rasa seperti baru semalam
seperti baru sedetik lepas
kita merantai kata

keliru
menyesal
bahagia
bergelora

seribu satu rasa
seribu satu jiwa
dalam satu jiwa

kalau kau faham lah

lama tak berkata-kata
kerana diri terumbang-ambing
dalam arus hidup yang tak terurus
kelu lidah
kaku langkah

haha

kau tak faham

tak mengapa
aku bukan nak manusia faham
apa yang aku rasa
sebab

aku pun tak faham apa yang aku rasa

faham?

Monday, 22 April 2013

Perempuan Jantan


tegas tutur kata
garang pandangan mata
jalan mendabik dada
tapi langkah bersepah gila

bila bekerja nak yang berat-berat
ada jantan nak tolong, ditolak bulat-bulat
weh, tak macho lah benda ni tak boleh buat
itu saja dalam otak yang tersemat

tapi bila dah jatuh cinta
lenggok kata menjadi manja
bersinar pandangan mata
langkah kaki tersusun sama

angkat yang ringan pun dah tak larat
padahal saja buat-buat
weh, tolonglah..aku tak kuat
cuba control ayu tapi muka terpisat-pisat

ia terjadi hanya bila dengan arjuna hatinya
dengan lelaki lain masih sama
masih perempuan jantan
perempuan jantan yang setia
tapi masih gila-gila
sampai bila-bila

Monday, 15 April 2013

Tak sempurna

dia terbaring berselimut di atas katil
dalam kesejukan malam
termenung memandang ke atas
anak matanya terberhenti pada rekahan-rekahan kecil
yang samar-samar kelihatan

tetapi mindanya bukan pada rekahan di siling itu
mindanya pada masa silam
dan juga pada masa sekarang
miliknya

kisah-kisah silam yang
membentuk 79.9% perwatakan dirinya pada hari ini
kisah yang sampai terbangnya nyawa dari jasad itu pun
tak akan mampu dilupakan

namun
biarkan
biar dia dan tuhannya saja yang mendokumentasikan semuanya

yang penting masa sekarang

tatkala dia masih lagi
terumbang-ambing layarnya
ditiup angin badai
cuba mencari darat
agar mampu teguh berdiri
tanpa perlu berpaut pada apa-apa

dia sendiri celaru
dia perlukan nakhoda
bukan penoda
cuma
menunggu pada yang mampu
menutup lubang-lubang kecacatan
mampu menerima keadaan hidupnya

kerana dia tahu
dia sememangnya tak sempurna

moga tiba waktu dia disempurnakan
nanti