Friday, 28 December 2012

Demam

BEST OF LUCK RESILIENT' 14!

credits to rushda cun for the cases schedule.

N.B: click on the image to see it clearly.

Sunday, 23 December 2012

Belajar

kecil-kecil dulu
zaman aku rasa bapak aku kaya
terpaling kaya raya
aku selalu minta dia belikan mainan setiap kali kami sekeluarga keluar bersama
macam-macam mainan aku nak
patung lah
kulineri plastik lah
mainan medik budak-budak lah
bola lah
kalau tak dapat
muncung aku panjang sedepa
kata bapak aku "boleh sangkut hanger baju"

bapak aku jenis yang bukan dia tak bagi
cuma dia tak bagi sekarang
sekarang dalam erti kata, masa aku minta sesuatu benda tu
sama lah macam aku minta dinikahkan cuti haritu
dia tak bagi sekarang
dia suruh tunggu
tunggu
dan tunggu

kadang-kadang aku memberontak juga
darah muda, panas kata orang-orang tua
tapi aku tahu
dia nak suruh aku belajar sabar
belajar berusaha untuk dapatkan apa sahaja yang aku nak
supaya aku lebih hargai apa yang aku dapat kelak
dan sekarang
bila dah makin dewasa aku belajar pula untuk tidak meminta-minta

perit juga
tengok anak-anak orang lain
senang dapat apa yang diorang nak
tapi tak mengapa
sabar
berusaha
jangan meminta-minta
itu yang bapak aku dah tanamkan dari kecil
walaupun banyak kali aku failed dugaan-dugaan kecil dengan memberontak dan merajuk
aku tahu
aku masih belajar dan akan sentiasa belajar
bukan tak pernah menangis
150 juta kali kata fynn jamal *heh*
pernah juga tempik seorang diri dalam bilik
sebab rasa tak puas hati
tapi itu lah proses pembelajaran aku

cuma kadang-kadang bila orang cakap pada aku
minta lah kat bapak kau lagi
aku macam nak hempuk dahi kau
sambil cakap "ini makan dia!" haha
tapi tak, aku senyum
aku cakap
"takpe, aku guna duit sendiri esok-esok, kalau Tuhan bagi"
 
:)
 

Thursday, 20 December 2012

Pendam

Tengok Adam Hawa episod 66.
Pap!
Dengar lagu sedih.
Hafal one sentence of the lyrics.
Google.
then,
tadaaa!

sedihnya lah hai.
*emo hari ini dan hari-hari*


N.B : Pedihnya hanya aku yang merasa, Mahu memilikinya. :'(

Perfect imperfect

While she's feeling utterly bliss,
there's always this feeling.
Mad,
You can say.

The feeling was born during her late first decade of life.
Those years when she's still wanting her dad to send her to school,
when she's still wanting her mom to tuck her in.

That feeling is like a stain,
rubbing on her face,
reminding her that she's not perfect.

Sometimes she wonder if she can just bury it to the ground
and stick a tombstone on it.

But she knows,
it's not possible.

Moving on and ameliorating is the only way out of her wretchedness.

Because she also knows that she has tons of hitch and glitch
and just a teeny-tiny slave to The Most Perfect.

A slave to The Most of Everything.

Saturday, 15 December 2012

Igauan 3 malam

malam pertama
tak lama sangat
tapi cukup membuat hati digeletek
perut senak
makan dan bergelak sakan

malam kedua
lama lah sikit
cuma lebih banyak makan
mungkin sebab kepenatan dek semalam
tapi semuanya masih mampu tersenyum

malam ketiga
paling lama
nah
dia dah datang
sang beruang kutub telah bangun dari hibernasi
menjengkelkan tapi memberi intertainmen
kepada pencari-pencari rezeki halal

patutlah disayangi

sehingga aku sendiri terjaga dari tidurku
kerana masih lagi ketawa

fuh
hebat.

Friday, 14 December 2012

Belum waktu

kaki
melangkah
setapak demi setapak
ada tikanya, dia berlari

kadang bulan
kadang mentari,
kadang hujan
kadang pelangi

tak sampai-sampai
destinasi yang dituju

cuba kau tebarkan sayapmu

tinggi,
tinggi lagi!

ayuh!
teruskan perjalanan
jangan gentar sang petualang,
kerana bila tiba saatnya
kau pasti bersinar

menjadi,
supernova angkasa raya
tanpa ada yang mampu mengatakan

ini belum waktumu



Thursday, 13 December 2012

I'm in love

your eyes
your smile
the warmth behind your style

your laughter
your charm
the honesty of your words

protrudes my heart
like a cupid throwing it's arrow

yesterday
today and tomorrow
for sure

again
again
and again

ah~
i'm in love


The vertebrae of my spine.

Mansoura, Egypt. 2012

Friends, we can't actually ask them to be there, they're just there.
Just like we can't choose the vertebrae for our spine, they're just there.
To support and strengthen us.
Given by Allah.
Alhamdulillah

N.B: there're ups and downs. it's life.

Jiwa rabak

bibir diketap
air liur ditelan
kerongkong terasa perit

akhirnya
tewas
deraian air mata jatuh ke pipi

tiada sebab kukuh
tiada alasan padu
hanya perasaan yang kompleks
menguasai diri di saat ini
di ketika ini

setiap tembakan
di setiap sudut
walaupun hanya menggunakan VP70 berkartrij 22 kaliber
mampu merabakkan jiwa

hanya menunggu masa
untuk tewas
dan
di pengakhirannya
terjelopok di teras bumi

selamatkan aku
tuhanku

Wednesday, 5 December 2012

Hujan di musim salji

tanah berlumpur
lecak
becak
ah~ sama saja maknanya

di bumi anbiya' penuh barakah
diturunkan hujan olehNya
berhari-hari
adalah dalam tiga hari
siang dan malam
walaupun tidak sehebat, tidak selebat
hujan di bumi tropika

musim itu datang lagi
musim yang mungkin dinanti
mungkin juga dibenci
tapi

Alhamdulillah
aku menghargai
mensyukuri
setiap detik waktu
setiap denyut nadi
kerana Dia
aku masih bernafas
hingga tibanya musim salji yang tidak bersalji ini
untuk kali yang ke lima
moga ada kali yang keenam pula nanti
dan itu menjadi yang terakhir
kembaraku di sini

InsyaAllah

Untuk kesekian kalinya.

For those who knew me, I've few blogs before this one was born. Long story short, everyone has their own problem. For me, drama is like the background music of my everyday life. But, I'll try enjoying every moments to the fullest cause we never knew when we'll be gone. And every living creatures will die eventually.
(Read: Al-Quran, Surah Al-Ankabut 29: 57)

Talking about death reminded me of my beloved opah (grandma).

Al-Fatihah to my dearest opah, Hajah Azizah bt. Hussin who had passed away on 20th of September 2012, Thursday night (malam jumaat) . I was and still feel discontent for not being able to "mandikan jenazah" opah on that day. I was really really closed to her. Nevertheless, she did looked as if she was sleeping and I knew she's going in peace. May Allah protect her and bless her forever. And may aki be strong on losing the soulmate of his life. :'(

my aki and opah (grandpa and grandma) 
being all romantic at bazaar Ramadhan in Pasir Putih, Kelantan.

N.B : She died of stroke, exactly the subject I'm learning right now in medical school.