Wednesday, 5 December 2012

Hujan di musim salji

tanah berlumpur
lecak
becak
ah~ sama saja maknanya

di bumi anbiya' penuh barakah
diturunkan hujan olehNya
berhari-hari
adalah dalam tiga hari
siang dan malam
walaupun tidak sehebat, tidak selebat
hujan di bumi tropika

musim itu datang lagi
musim yang mungkin dinanti
mungkin juga dibenci
tapi

Alhamdulillah
aku menghargai
mensyukuri
setiap detik waktu
setiap denyut nadi
kerana Dia
aku masih bernafas
hingga tibanya musim salji yang tidak bersalji ini
untuk kali yang ke lima
moga ada kali yang keenam pula nanti
dan itu menjadi yang terakhir
kembaraku di sini

InsyaAllah

No comments: