Mansoura, Mesir. 6 Januari 2013
Pukul 2.15 petang macam tu.
Aku dalam perjalanan balik ke rumah sewa bersama rakan serumahku, A, tiba-tiba ribut pasir datang. Fuh, hampir melayang badan aku yang "slim-lah-sangat". Menunjukkan betapa kuatnya angin. Pasir-pasir halus memenuhi mata. Terus aku tolak A ke depan dan menjadikan A sebagai perisai *muahaha*. Ada lah dalam 3,4 kali sepanjang perjalanan.
Pukul 1.30 pagi plus plus.
Dengan berbekalkan pakaian yang berlapis-lapis pada badan, aku cuba melelapkan mata. Tiba-tiba aku rasa angin sepoi-sepoi bahasa atas kepala, mungkin masuk dari celah lubang tingkap walaupun tertutup rapat jik (rapat jik = rapat gile) dan aku terdengar bunyi atap siling yang macam dah nak terbalik di luar. Cuak cuak ayam juga. Tapi aku teruskan tidur. Bangun pagi dengan perasaan yang tak dapat nak kawal kesejukan, menggigil-gigil. Aku scroll homepage fb, rupa-rupanya ribut pasir lagi, semalaman. Dan hujan!
Itu cerita aku di Mansoura yang Alhamdulillah setakat ni biasa-biasa saja. Cuma dugaan nak study sebab kesejukan dan aku yang sedia schizo.
Aku dengar ura-ura Malaysia dan spesifiknya Pantai timur akan dilanda ribut tropika sonamu petang nanti (waktu Malaysia). Aku harap dan aku berdoa agar semuanya baik-baik saja insyaAllah. Ramai keluarga dan kenalan di kawasan tu.

dapat dari rakan-rakan di fb. teruskan berdoa.
N.B: 8.06 pagi, egypt time; sekarang pun hujan lagi.
No comments:
Post a Comment