Saturday, 12 January 2013

Cinta novel

Part 1

Kau kacak
aku cantik
kau senyum
aku senyum
kau suka
aku pun suka dan kita bercinta
cinta orang muda namanya
bertahun lama
menempuh suka dan duka
dan aku tetap
aku setia

Part 2

Dalam bertahun itu
pendirianku ditaruk simen
hatiku satu
kau.
tapi aku tak sangka
dalam berjauhan
kau menduakan
tak mengapa
aku tetap
aku setia

Part 3

Aku dah cakap aku cantik bukan?
bukan nak mendabik dada
tapi kerana rezeki ini
ada yang tertambat
lalu keluarga berjabat
aku tiada suara
mulutku disalotape
pendirianku dikorek-korek

sekarang
tiada lagi kau dan aku
kau mencela
menghina
mencerca
ibarat kita tak pernah bahagia
tapi sampai ketika ini
di saat ini
aku tetap
aku setia

Part 4

Pertama kali aku berjumpa
bakal suamiku
"ah, not my taste" aku bermonolog
terdetik dihatiku
oh, aku masih tetap
aku masih setia
sedangkan
aku tak mahu kebodohan ini
kesetiaan pada kau maksudku
tak mengapa
nanti nanti aku setia juga
tapi untuk dia dan hanya dia
suamiku.
PASTI.

p/s: cerita dalam novel tak semuanya palsu. tapi ini bukan cerita aku. siapa Adam Mukhriz aku agaknya? heh. :p

2 comments:

aunishbini said...

Walaupun siapa itu masih samar, namun pasti, dia akan hadir; saat lafaznya nikah.

Takkan kena cari pilot kot? :P

A.F.J said...

pilot eh? hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...nyums..
hahahaha :p