kecil-kecil dulu
zaman aku rasa bapak aku kaya
terpaling kaya raya
aku selalu minta dia belikan mainan setiap kali kami sekeluarga keluar bersama
macam-macam mainan aku nak
patung lah
kulineri plastik lah
mainan medik budak-budak lah
bola lah
kalau tak dapat
muncung aku panjang sedepa
kata bapak aku "boleh sangkut hanger baju"
bapak aku jenis yang bukan dia tak bagi
cuma dia tak bagi sekarang
sekarang dalam erti kata, masa aku minta sesuatu benda tu
sama lah macam aku minta dinikahkan cuti haritu
dia tak bagi sekarang
dia suruh tunggu
tunggu
dan tunggu
kadang-kadang aku memberontak juga
darah muda, panas kata orang-orang tua
tapi aku tahu
dia nak suruh aku belajar sabar
belajar berusaha untuk dapatkan apa sahaja yang aku nak
supaya aku lebih hargai apa yang aku dapat kelak
dan sekarang
bila dah makin dewasa aku belajar pula untuk tidak meminta-minta
perit juga
tengok anak-anak orang lain
senang dapat apa yang diorang nak
tapi tak mengapa
sabar
berusaha
jangan meminta-minta
itu yang bapak aku dah tanamkan dari kecil
walaupun banyak kali aku failed dugaan-dugaan kecil dengan memberontak dan merajuk
aku tahu
aku masih belajar dan akan sentiasa belajar
bukan tak pernah menangis
150 juta kali kata fynn jamal *heh*
pernah juga tempik seorang diri dalam bilik
sebab rasa tak puas hati
tapi itu lah proses pembelajaran aku
cuma kadang-kadang bila orang cakap pada aku
minta lah kat bapak kau lagi
aku macam nak hempuk dahi kau
sambil cakap "ini makan dia!" haha
tapi tak, aku senyum
aku cakap
"takpe, aku guna duit sendiri esok-esok, kalau Tuhan bagi"
:)
2 comments:
Haaaa jumpa dah pun. Jangan asyik tukar link! Haha. hari tu lupa dah. Hahaha.
Betul tu, Za. Kadang-kadang envy kat those yang mintak terus dapat. But, the highway to reaching to those things, and bila dah dapat, the sweetness of the satisfaction, only us can feel it :)
hehehe tak tukar dah kot buat masa ni auni oi.. :p
yup..no pain no gain.. :D
Post a Comment